Hati ini.. tak lagi segembira dulu..
Tak lagi setenang dulu..
Kini, hati yang dulunya sentiasa menyuarakan kegembiraan,,
hanya mengalunkan lagu-lagu kekecewaan..
Bait-bait puisi indah yang dulunya menjadi temanku,,
Kini berpaling tadah menjadi melodi hampa..
Ya! Aku harus melakukan perubahan..
Walaupun bukan dari keluhuran atau dengan kerelaan..
Kerana perubahan itu, demi keterpaksaan..
Aku mungkin bukan aku yang dulu..
Dan aku sentiasa berharap..
Perubahan ini ke arah kebaikan..
Biarlah kenangan itu pudar begitu..
Dan diganti dengan yang lebih baik..
Agar kekecewaan di hati ini bisa terubat..
Dengan sendirinya....